BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30

::alahai cik sussie::

hari yang memenatkan. semalam travel kl-sri iskandar. gerak at 6.30pm tapi sampai nye 9.30pm. sangat lama dan memenatkan. naik pulak plusliner with teman sebelah seat yang setia membaca kan nan nyang siang pau ( abaikan ejaan ) untuk isterinya di seat sebelah sana. sungguh dramatik dan romantis sekali. ;)

sampai dirumah,perut pon lapar. saya sangat lapar macam tak makan siang. tapi tadi naik bus,saya makan snack plate kfc sorang2. hahhaha

sampai rumah,saya plan nak masak. saya nampak sawi dalam peti ais. saya pon tanya housemate (sussie) " sawi ni sape punya?" sussie kata "kite punya". pastu sussie tambah lagi "kailan pon ade". saya pon cari kailan dalam peti ais.tak jumpe.pastu sussie datang laju2 sambil menunjukkan sawi tadi sambil berkata dengan penuh rase 'saya tahu segalanya'---" ni lah kailan ".

dear sayang ku cik sussie,

ini adalah sawi
ini adalah kailan
bertambah penat aku melayan cik sussie ni



p/s: sila baca sussie si lazy untuk mengenali cik sussie dengan lebih dekat lagi

Wednesday, July 28

::typical malay woman::

sejak kerja jauh ni,penat terlampau sangat..naik tren..turun tren..pastu tukar tren pulak..aduhhh...bau dah macam bau dah hidung ni..ragam pon dah macam ragam dah dapat tengok.
bercakap pasal ragam, ni i nak cite satu ragam normal malay kita. ragam nya adalah tak sabar. meaning that orang tersebut bukan seorang yang penyabar malah mungkin juga mempunyai penyakit darah tinggi yang mana kita tau penghidap ni sentiasa nak marah marah.

one evening,around 630 pm at lrt masjid jamek.keluar dari putra and i have to take lrt pulak untuk sampai ke rumah kat ampang. orang ramai ya rabbi. kalau tengah que tu, tak tau mana lines, mana orang yang potong lines.

kalau la time nak touch tickets lrt tu ada lane macam kat tol.mesti ok punya.
see,lane touch n go kosong

tengah i syok syok melayan barisan yang panjang gile tu, tetibe ade satu makcik menyelit. ok fine. orang tua okeh. i biar je. but suddenly makcik tu bising.
sambil die tinggi2 kan tangan yang memegang touch n go die pok pek pok pek.

bunyi nye something like " system awak ni menyusahkan la ". then bila jadi macam tu,i yang memang suka busybody ni, terus la cari kepada siapa die memberontak tu. ohh i see.. rupanya towards abang lrt yang duduk kat pintu monthly passes tu. abang tu senyum aje. malas nak layan maybe. ye lah,,dia makcik ok. nampak sangat orang koperat because tengah tengah malaysia yang panas ngan lrt yang aircond just sepoi sepoi bahasa tu die boleh pulak nak pakai blazer n tuck in tudung. hahahha..

nampak sangat nak rushing.pada i maybe dia tersangat nak balik cepat. mungkin nak terberak or memang purposely nak kejar tren.

then, i biarkan aje makcik tu berlalu. bila i reach je platform, i terkejut. makcik tu tak pon naik tren. die dok bace the sun. aik? so pelik lah you ni makcik. i seriously ingat makcik tu nak kejar tren ampang or petaling jaya. but suddenly die boleh buat bodoh je bile dua dua tren tu pass by. malas nak layan ape makcik tu, i pon tinggal kan die dengan menaiki tren ke ampang.

motif makcik?

Friday, July 23

::sussie si lazy::

i have a friend called sussie. tak pernah buat house chores. suatu hari tatkala masuk rumah sewa buat pertama kali, die malas sapu lantai dan mop. die mengharap saya yang seorang pembersih ini membersihkan umah. dia sanggup kuar masuk toilet couple times for cuci tapak kaki hitam yang disebabkan berjalan barefoot kat lantai umah baru sewa yang tak bercuci 3 bulan.

sebenarnya, semua tu datang dari rumah.kalau kat rumah tak pernah buat,sah sah la hidup sendiri pon tak penah buat.nak dijadikan cerita kat rumah dia ada maid. hari hari maid mengemas. every single morning bilik dia mesti kemas. tapi kalau masuk tengah hari mesti dah macam kapal pecah. bibik dia sendiri pernah mention : kalau nya cik sussie balik, nggak pernahnya almari rupa almari. almari kayak nya tempat tikus.

how?





p/s: kalau aku ada anak, sah sah dia rejected from list menantu!

Wednesday, June 9

::rakan sekerja yang memang mengundang::

alahai pekerja..apalah yang dituju bila datang tempat kerja.apakah matlamat kau kat sini.kau sangat mengundang. Pagi ku lihat kau termenung. Sedangkan aku sibuk mengadap kerja bertimbun. Saat boss besar bagi arahan kau cuma luahkan kurang sihat. Tapi muka kau macam segar je. Yang jelas mata mengantuk. Apakah? 

Suatu hari kau mohon ke klinik. Ok fine aku jadi drebar! Check darah konon. Last last kau bebas dari segala gejala dan anasir kemudaratan. hurm...mungkin ALLAH itu maha kuasa. Mahu memperlihatkan pembohongan kau selama ini. 

Setiap saat aku rasa kau mengadu kau kurang sehat. kelmarin kau cirit birit lah. semalam maigrain lah. hari ni kau cakap kau nak tumbang lah. HELLOOO... gajah kalau selalu makan 3 helai pucuk jambu, pon boleh tumbang lah. Dah disuratkan gajah makan tebu,makan je lah. yang nak lawan suratan tuhan apesal?

haih~ dah jadi diari dah entry hari ni. maaf. aku cuma meluahkan. saat kerja menggunung ke langit dan aku hanya melihat dia memandang ke lantai,tidur dan ke toilet,, ia sangat memanaskan hati aku. kalau aku nak dia berhenti aku mampu lakukan nya. kerna aku yang buat kerja dia selama nih tau.
wahai manusia, jangan lah kau datang kerja semata nak dapat gaji membuta. 

Sunday, May 9

::selamat tinggal masalah kewangan::

kahkahkah rasa nak gelak saja saja bila dengar malaysia hari ini cakap lelaki muda menjurus kepada masalah kewangan. hahahahha aku adalah perempuan. AKU SUKA LELAKI KENA KONDEM. ('o')

OH sila jangan harapkan apa apa dari entri ini. Kerana ia seperti cermin muka kat cermin tapi nampak muka sendiri. tetapi disebabkan rasa tanggungjawab,marilah saya berkongsi tips pengurusan kewangan.

.GAJI.
Bagi yang bergaji sila dapat duit bayar semua hutang dulu. Maksudnya jangan lah sampai tiada duit makan. Ketepikan duit bayar hutang, kad kredit, sewa rumah dan makan. Tapi kalau ketepikan pastu tak cukup macam mana? (-_-)'' Disitu lah perlunya ilmu keperluan dan kemahuan.

IKUT STEP INI:
1. 25 hb (tiap tiap bulan) cek duit kat atm pastu terus transfer duit sewa rumah siap siap. Tak perlu tunggu pakcik sewa rumah call banyak banyak kali. Pastu buat buat telefon tinggal rumah tapi badan gi tempat lain. Walhal telefon silent sebelah telinga. How? Tipu sunat mungkin. 
2. Belanja makan ikut bajet ye. Jangan bajet sehari Rm10 tapi makan seround dah RM 6.90. Sampai 3 kali makan.
3. Tiada duet jangan gatal nak dating kat bawah pokok berdepan lilin yang membakar diri. Cukup dengan bawak joging kat tasik titiwangsa, dengar kata kata manis si gadis dan naik moto (minyak moto RM4 boleh round satu Malaysia)
4. Kalau hutang lebih dari gaji, sila pergi AKPK. Dapatkan khidmat kaunseling dan pengurusan kewangan SECARA PERCUMA. PERCUMA. FREE. NO CHARGE. Majoriti adalah lelaki yang pergi ye. Dan masalah nya adalah hutang kad kredit. =p

.STUDENT DAN TIADA GAJI. 
1. Duit PTPTN jangan nak beli N900 pulak. Ada hutang bayar hutang secara berhemah. Jangan buat hutang dengan cara : TEMAH, AKU TAKDE CHANGE LAH. BAYAR GUNA DUIT KAU DULU BOLEH? sekali pinjam RM5. Hari hari pinjam?
2. CARI PART TIME. nuffnang pon boleh.

P/S: Teringat boyfren lama. Kalau weekend ni nak pergi main bowling, mesti weekdays dia busy. Part time cuci kereta makcik makcik pemalas dia. Kalau mintak tak dapat. Hutang kena bayar. Last last cuci kereta dapat duit.

Wednesday, May 5

::real mermaid found in malaysia::


cantik

sebenarnya hari ni malas nak buat entry.but suddenly got one info that real mermaid has been found in teluk pahang,malaysia. betul ke? anyone boleh story mory tak? i am not sure does the pic is real or photoshopped. it can be anywhere. tak semestinya pic nih adalah di teluk pahang. i orang pahang takde dengar pun story nih. tapi kalau betul lah..kuasa tuhan..

teluk pahang,malaysia












   


Tuesday, May 4

::saya memerlukan seekor anak kucing::

damn!i really need to talk with somebody right now.tapi semua orang buang i. and i think the best way to have conversation with is with kucing.haha. sebab nanti ape je i cakap mesti dia jawab satu je "mioooow" . meaning that she is hungry. 
comel betul

tapi sebenarnya bukan itu yang ku mahu. sebab i tak suka kucing tau. bukan tak suka. i just suka terkejut bila si comel mula menggesel-geselkan badannya di kaki i. i jugak suka terkejut kalau si comel tiba-tiba pegang paha i nak mintak makan.haha.kesimpulannya kucing suka terkejutkan i.
baby gumok

sebenarnya adik i yang bongsu,nama dia hazirah,i call her adik..sangat suka kan kucing. dia selalu mengendeng kat kucing mak cik miah ( jiran sebelah kanan rumah i ).nama kucing tu tompok. tompok manja. bila kita panggil "tompokkkk......." mesti dia datang. sebab dia tau kita nak main main ngan dia. muka dia mesti macam mintak penampar. tapi tak jadi tampar. kesian.

 perasan comel.huh.

so,kepada sesiapa di luar sana yang kucing nya baru beranak ke..pastu ada terdetik macam nak buang anak kucing..renung-renungkanlah permintaan i ni. i really really need a anak kucing. i mean anak kucing. lagi cantek kalau baru seminggu beranak lahir. 

jangan risau..adik i akan menjaga anak kucing tersebut sepenuh kasih sayang nya. kalau i yang jaga u should worry. haha.

p/s:puteh_light@yahoo.com untuk bagi saya maklumat. cara u nak hantar kita discuss dalam email k.










   

Monday, May 3

::do you think marilyn monroe sexy?think twice::

marilyn monroe ikon sexy
monroe sexy?


***************************************************************
 
yummy


p/s: sexy tak?




   

Sunday, May 2

::worlds most amazing hotel pools::

mode: choosing honeymoon pool.(honey, do you know how to swim?no?oh you can be my pelampung.that will be fine)

p/s:what will be your pool?






   
  

Saturday, May 1

::omg! he's pregnant::

first of all..i have a dua alam neighbor. he is so obviously hot!  Dulu dulu selalu kayuh basikal pakai short. on mountain bike. bayangkan lah. OH TAK SANGGUP. Ayah selalu pura-pura berkebun. baik pagi atau petang hari cuti. Walaupun ayah tau die bukan nya wanita sejati. Mana ayah tau? Dia senior sekolah dulu. Nenek pon cerita benda yang sama. Oh ya. Nenek ada time dia lahir dulu.
jampi kat thailand

seperti hari hari berlalu..kami sekeluarga selalu melihat dia berkebun,menjahit, siram pokok..jangan tak tau,dia masak sedap tau.yummy. rendang nye....PERGHHHHHHHHHH!!!!! 
 MARVELOUS. .

tiba tiba semalam menjadi isu hangat. dia berkebun dengan hanya memakai singlet. terserlah lurah dendam. dan buah tembikai seperti iklan librese.

yang membuat kan i terkedu ialah, bentuk badan nya. YA I ADMIT. dia adalah yang terCUN pernah i jumpa. jika dulu bentuk badan nya seperti nasha aziz..sekarang bentuk badan nya seperti erra fazira ( time pregnant ). so how?

puas i tilik u...kejap i pandang bontot nya. sangat macam orang pregnant. lengan nya. sangat macam time erra fazira pregnant dulu. dan bila jatuh ke perut nya,,,sah la.!! sah pregnant!!!

hutan gajah

untuk mendapat kepastian, i suruh adik i tengok sekali. puas kami pura-pura mengira kereta lalu lalang. padahal nak cover line pandang mama hot.

akhirnya adik i pon confirm kan. kelibat yang dia nampak abg zul ( bukan nama sebenar ) benar benar berbadan dua.

untuk pengesahan kita tanya yang arif. tanya ibu. ibu cuma menjawab, "kan aku dah bagitau hari tu"

OH!
SUNGGUH TAK SANGKA

tapi ibu kata lagi..kalau betul mesti gembar satu malaysia.

kita nanti kan saat air ketuban dia pecah na...


p/s: dulu orang gaji jiran aku gelakkan dia bila dia kata..."husband akak tak kasi akak keje..nasib baiklah ada butik ni"











   

Wednesday, April 28

::soalan adik tentang period::

***********************************************************************************


Adik tanya apa itu pad?.. Saya jawab pad itu modes. Adik tanya apa itu period?.. Saya cakap datang bulan. Tapi tiba-tiba adik marah. Salah lah along!Period tu kencing berdarah.


Oh! Saya terkedu. Saya tanya adik..Siapa yang ajar? Adik jawab : USTAZAH.


***********************************************************************************












Wednesday, April 21

::tips bangun awal pagi senang sikit::

sejuk nya malam tadi...rasa macam tido dalam freezer. *grrggrrrr* nak tido pon tak boleh dibuat nya. sejuk sangat. ibu kata hujan + guruh macam yang kat luar tu, petanda ada orang nak 'pergi'. Siapa lah agaknya yang akan menyusul bertemu Allah selepas Abdillah Murad aka Achik Spin? Seronoknya..tak payah tanggung dosa banyak banyak..lagi lama hidup lagi banyak dosa. bukan nak kata orang lain banyak umur, banyak buat dosa..cuma sekadar ingat mengingati.

mode:muhasabah

oh,topik saya tips bangun awal pagi mudah sikit. Maksud mudah ialah tidak perlu ibu ketuk pintu bilik macam nak roboh.Sampai skru pintu semua longgar. sebab selalu diketuk bertalu-talu.

Juga tak perlu hp di snooze berjuta kali. Buat cair taik telinga. *geli*


Ayuh,mari kita menuju ke tip

Tips 1 : Makan malam awal sikit. Contoh pukul 6-8 pm. Ini supaya kamu tidak tidur terlalu awal sebab kekenyangan dan terbangun terlalu awal. Nanti kamu tidur balik dan kembali mengantuk. Pastu cakap kat ibu "5 minit lagi kejut along" atau "kejut along lepas kak chik mandi"
NO!

Tips 2 : Jangan tidur sepanjang petang. Maksud saya bukan jangan tidur petang tetapi JANGAN TIDUR SEPANJANG PETANG. Nanti terlebih tidur pastu mata tak nak lelap bila pukul 10 malam. Kemudian tengok THE NANNY  sampai pukul 1.00pagi.
 menarik. *woooooot wooooot*


Tips 3 : Kalau kamu ketagih game freecell seperti ahli keluarga saya..sila seorang menjadi master mind buat-buat macam electric terputus. Supaya tak payah bukak komputer. Bila bosan boleh kira kambing lompat-lompat dan tidur.
ketagih game ini


Tips 4 : Tidur mengiring ke kanan. Baca doa tidur. Kemudian baca ayat kursi + niat dalam hati nak bangun .subuh (whenever you wish). Nescaya tersedar sebelum alarm hp berbunyi. Tapi kalau tidur balik, jangan salah kan petua.

sekian, terima kasih.






 

Monday, April 19

::pemenang she punya contest::

disebabkan kesibukan melanda she terlupa dengan janji nak umumkan pemenang 12 april 2010 yang lalu. maaf. maka hari ni..entry pendek..she nak umumkan pemenang kita. pemenang nya adalah...


 
kepada pemenang kita ni sila hubungi she melalui email : puteh_light@yahoo.com. sila sertakan alamat, no phone untuk dihubungi sekira nya anything happens. dan juga sertakan nama penuh ye sayang...

congrates!





readbud - 
get paid to read and rate articles


Wednesday, April 14

::mereka bangga kurang ajar::

Semalam she berkunjung ke satu gerai bihun sup paling sedap dalam area KL dan Selangor. Selama she menjadi penggemar bihun sup, inilah kali pertama berkujung ke gerai yang sama setiap minggu semata-mata untuk makan bihun sup. please take note : TANPA KERACUNAN

Nak dipendekkan cerita, sebaik sahaja she duduk..ada satu couple yang menarik perhatian ramai pon tiba. Location table sebelah kiri meja she..Dengan keadaan gerai yang kecil dan orang yang ramai ( hampir semua meja penuh tau ) sah sah la huru-hara keadaan time tuh. Datang dalam keadaan tenang tapi tiba-tiba riuh. Si perempuan ( nyonya songeh ) membentak sambil duduk. Puas dia membebel sorang-sorang..akhirnya dia bangun. Berjalan bak monster inc yang makhluk biru tu sambil mulut terkumat kamit. Tangan genggam tau.. Ganas you.. Takut I!

"MAK CIK, MANA ORDER SAYA?!!!!",kata si nyonya songeh.
( notes: sila baca dalam nada marah seiring dengan keadaan ayat yang semua capital letters. suara bagi gegak gempita sikit. kasi satu padang bola boleh dengar )

OH, ingin she nyatakan disini..bila masa dia order? datang pun lambat sikit je dari aku..bihun sup aku pon tak sempat sejuk. 

Pastu, mak cik kiah ( bukan nama sebenar ) pun men-calm down kan si perengus itu tadi..

" KEJAP YE DIK...MAK CIK TENGAH BUAT..ORDER APE TADI?"..

Cool je mak cik kiah handle situation. Bila dah siap order, mak cik kiah pon hantar order. Terjadi lah pulak kisah lain. Kali ni si apek bukit ( boy friend ) pulak yang bersuara.

"ni apa ni?",kata si apek bukit.
what the kurang ajar punya apek bukit.
Actually dia bukan sahaja tidak tahu berbahasa. malah salah soalan. 
Kan senang kalau dia cakap " mak cik, saya order paru dengan ayam..bukan paru dengan sotong"..
Cuba kalau mak cik tuh buat lawak din beramboi " nak,,itu pinggan. dalam pinggan ada nasi lemak berlaukkan paru dengan sotong.." tak ke haru nanti?
sape nak jawab??

Bila mak cik kiah kembali dengan paru dan ayam nye..sekali lagi si apek bukit ni buat hal. "mana saya punya nasi lebih?" haiyo.......kan bagus kalau dia beradap sikit..mesti mak cik tu tak terasa penat..mesti dia enjoy je buat keje macam tuh.

Bila dah settle hal order tu,she ingat dah tamat riwayat dah kes dua makhluk nih. Rupanya tidak... Kebanyakan couple yang she jumpa..time makan mesti duduk bertentang atau duduk sebalh side to another. tapi si couple ni pelik. dorang duduk kat bucu meje sambil bahu tertempel kat bahu masing-masing. Tak ke susah nak makan. Siku I terkena Siku you lah. PELIK!

Orang cakap etika makan bersudu nih, sopan..tapi mereka makan sangat bersepah. YA AMPUN...bukan nak cakap she makan kemas sampai boleh cermin muka kat meja..tapi at least she makan tak hodoh macam mereka. Kalau manusia berhemah akan pegang sudu dengan cara yang sepatutnya..mereka pegang sudu dengan menggenggam. can you imagine? Makan dah macam monster kebulur mana ntah. Mulut penuh nak bercakap. Nasi tersembur tak payah cerita. Tulang ayam dah terbang. Mungkin sebab ayam tu tak cukup mati time masak. SANGAT JIJIK!

she tak tau nak ending macam mana..tapi kesimpulannya..elok je mereka berdiri untuk beredar..(muka bangga gila) orang yang ada kat situ semua pandang. S-E-M-U-A. pandangan sure lah pandangan jijik sambil kumat kamit. manusia kan...

satu lagi she nak tambah..sebenarnya ada satu group lagi yang tak di ambil order depan meja couple ni..tapi diorang relax je. mereka lagi ramai..around 8 to 10 people. depa dengan sopan santun lemah gemalai memanggil makcik untuk di-takenote order..kan ok begitu. sepatutnya melayu boleh beradap. boleh ke tidaaaaakkkkk?

p/s: mereka berlagak bagai datang dengan kereta buatan eropah. realitinya, cuma dengan PERSONA.





readbud - 
get paid to read and rate articles

Thursday, April 8

::SAYA MAHU BLOG SAYA DIJELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana::

sebenarnya aku dah lama nak blog aku dijelajah oleh rakan rakan blog.maksud aku yang telah lama berkecimpung dalam industri nih (lagi lama dari aku atleast). cuma aku malu. nak buat entry ni pon aku pikir 2 hari 1 malam. sebab aku tau aku cuma buat blog ikut hawa nafsu. hahah. dulu aku ade suruh sendra..( ala..kueh tart tuh ) kritik..tapi alahai...sampai la ni takde pon..oh ye.sendra tu classmate aku ye..dia sangat pandai bercerita dan kupas mengupas. sila sila ke page dia ye...www.kuehtart.com

oh back to the story..reasons aku nak blog aku dijelajah adalah kerana
  • aku nak tau layout aku + template ni ok ke tidak. maksud aku ok atau tidak tu adalah..adakah nampak serabut..atau sekadar a little decoration aje..ade yang cakap cantik buat baju kurung.
  • aku nak tau adakah blog aku ni blog mata duitan? hahaha..sebab ade yang sebut macam tuuh..aku rase biase je..tapi tu lahh..nak jugak orang lainberi pandangan.
  • aku jugak nak tau..as a blogger ape tips tips nak menulis..aku ni bukan pandai sangat menulis. kalau suruh goreng assignment reti lah.
  • aku nak jugak tips untuk menaikkan traffic. aku bukan nak traffic sampai berjuta tau..aku cuma nak tarik traffic bagi maintain je..ade tips tak?
  • last but not least...aku nak gak orang kenal blog aku nih...senang cerita nak ben promote sikit la..banyak pon ok..
  • oh ye..ben mahupun sesiapa sahaja boleh bebas dan bebas untuk memberikan sebarang comment. sama ada positif atau negatif.( walaupun aku jenis yang sentap sikit..tapi kali ni aku akan terima ngan hati yang terbuka demi kehidupan blog aku)

akhir kata...majulah dunia blog demi negara

readbud - get paid to read and rate articles




Wednesday, April 7

::oops...sangat mantap ok::

dulu flat je..macam meja..sekarang dah berbukit dah...malah lebih meletup dari bukit pamela anderson. guess what..ini usaha aku selama setengah tahun.usaha yang mantap.hari hari aku wajib kan diri untuk tetapkan target. supaya hasilnya mantap,padat dan sendat. bila menuai nanti mesti syiok. sangat membuatkan aku senyum lebar. senyum sampai ke telinga. terliur lah. 

 .uppss..sopan pulak pam google nih.

kalau dulu boleh lah nak tutup tutup ngan bantal or selimut or pape kain.. now, tidak lagi..semuanya bakal terdedah.aduh....tak tahan betul tengok..

see..tengok lah...dah menimbun dah...membukit tak payah cerita.tu nasib baik letak dalam bekas.kalau tak mesti selambak.
hahah...
apa aku merepek 
cara aku dapat simpan banyak ni?
kalau aku berbelanja je..duit syiling aku tak usik.terus masuk coin purse. bila sampai umah terus masuk tabung.dan inilah hasilnya.
semua sekali lebih rm300..aku tengah dok kira la ni..erm..macam mana nak tukar ek?kalau pergi bank dia kesah tak nak kena kira untuk aku.?tadi pergi bank kat area rumah ni..miss tuh macam malas nak kira je..kalau aku nak tukar kat kedai runcit boleh ke?


p/s:kat mana nak tukar jadik notes?


Tips for New Bloggers