BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 9

::selamat tinggal masalah kewangan::

kahkahkah rasa nak gelak saja saja bila dengar malaysia hari ini cakap lelaki muda menjurus kepada masalah kewangan. hahahahha aku adalah perempuan. AKU SUKA LELAKI KENA KONDEM. ('o')

OH sila jangan harapkan apa apa dari entri ini. Kerana ia seperti cermin muka kat cermin tapi nampak muka sendiri. tetapi disebabkan rasa tanggungjawab,marilah saya berkongsi tips pengurusan kewangan.

.GAJI.
Bagi yang bergaji sila dapat duit bayar semua hutang dulu. Maksudnya jangan lah sampai tiada duit makan. Ketepikan duit bayar hutang, kad kredit, sewa rumah dan makan. Tapi kalau ketepikan pastu tak cukup macam mana? (-_-)'' Disitu lah perlunya ilmu keperluan dan kemahuan.

IKUT STEP INI:
1. 25 hb (tiap tiap bulan) cek duit kat atm pastu terus transfer duit sewa rumah siap siap. Tak perlu tunggu pakcik sewa rumah call banyak banyak kali. Pastu buat buat telefon tinggal rumah tapi badan gi tempat lain. Walhal telefon silent sebelah telinga. How? Tipu sunat mungkin. 
2. Belanja makan ikut bajet ye. Jangan bajet sehari Rm10 tapi makan seround dah RM 6.90. Sampai 3 kali makan.
3. Tiada duet jangan gatal nak dating kat bawah pokok berdepan lilin yang membakar diri. Cukup dengan bawak joging kat tasik titiwangsa, dengar kata kata manis si gadis dan naik moto (minyak moto RM4 boleh round satu Malaysia)
4. Kalau hutang lebih dari gaji, sila pergi AKPK. Dapatkan khidmat kaunseling dan pengurusan kewangan SECARA PERCUMA. PERCUMA. FREE. NO CHARGE. Majoriti adalah lelaki yang pergi ye. Dan masalah nya adalah hutang kad kredit. =p

.STUDENT DAN TIADA GAJI. 
1. Duit PTPTN jangan nak beli N900 pulak. Ada hutang bayar hutang secara berhemah. Jangan buat hutang dengan cara : TEMAH, AKU TAKDE CHANGE LAH. BAYAR GUNA DUIT KAU DULU BOLEH? sekali pinjam RM5. Hari hari pinjam?
2. CARI PART TIME. nuffnang pon boleh.

P/S: Teringat boyfren lama. Kalau weekend ni nak pergi main bowling, mesti weekdays dia busy. Part time cuci kereta makcik makcik pemalas dia. Kalau mintak tak dapat. Hutang kena bayar. Last last cuci kereta dapat duit.

2 comment:

.::WaNiE::. said...

hehehe haah ramai yang bermasalah dengan kad kredit last2 gaji tak cukup nak cover hutang pun

sebab tu tak suke nak berhutang.kad kredit pun takde .agak tetiba teringin nak apa2 simpan ler duit :p

Hush said...

*double-thumbs up!* ^^

Tips for New Bloggers