BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 28

::soalan adik tentang period::

***********************************************************************************


Adik tanya apa itu pad?.. Saya jawab pad itu modes. Adik tanya apa itu period?.. Saya cakap datang bulan. Tapi tiba-tiba adik marah. Salah lah along!Period tu kencing berdarah.


Oh! Saya terkedu. Saya tanya adik..Siapa yang ajar? Adik jawab : USTAZAH.


***********************************************************************************












Wednesday, April 21

::tips bangun awal pagi senang sikit::

sejuk nya malam tadi...rasa macam tido dalam freezer. *grrggrrrr* nak tido pon tak boleh dibuat nya. sejuk sangat. ibu kata hujan + guruh macam yang kat luar tu, petanda ada orang nak 'pergi'. Siapa lah agaknya yang akan menyusul bertemu Allah selepas Abdillah Murad aka Achik Spin? Seronoknya..tak payah tanggung dosa banyak banyak..lagi lama hidup lagi banyak dosa. bukan nak kata orang lain banyak umur, banyak buat dosa..cuma sekadar ingat mengingati.

mode:muhasabah

oh,topik saya tips bangun awal pagi mudah sikit. Maksud mudah ialah tidak perlu ibu ketuk pintu bilik macam nak roboh.Sampai skru pintu semua longgar. sebab selalu diketuk bertalu-talu.

Juga tak perlu hp di snooze berjuta kali. Buat cair taik telinga. *geli*


Ayuh,mari kita menuju ke tip

Tips 1 : Makan malam awal sikit. Contoh pukul 6-8 pm. Ini supaya kamu tidak tidur terlalu awal sebab kekenyangan dan terbangun terlalu awal. Nanti kamu tidur balik dan kembali mengantuk. Pastu cakap kat ibu "5 minit lagi kejut along" atau "kejut along lepas kak chik mandi"
NO!

Tips 2 : Jangan tidur sepanjang petang. Maksud saya bukan jangan tidur petang tetapi JANGAN TIDUR SEPANJANG PETANG. Nanti terlebih tidur pastu mata tak nak lelap bila pukul 10 malam. Kemudian tengok THE NANNY  sampai pukul 1.00pagi.
 menarik. *woooooot wooooot*


Tips 3 : Kalau kamu ketagih game freecell seperti ahli keluarga saya..sila seorang menjadi master mind buat-buat macam electric terputus. Supaya tak payah bukak komputer. Bila bosan boleh kira kambing lompat-lompat dan tidur.
ketagih game ini


Tips 4 : Tidur mengiring ke kanan. Baca doa tidur. Kemudian baca ayat kursi + niat dalam hati nak bangun .subuh (whenever you wish). Nescaya tersedar sebelum alarm hp berbunyi. Tapi kalau tidur balik, jangan salah kan petua.

sekian, terima kasih.






 

Monday, April 19

::pemenang she punya contest::

disebabkan kesibukan melanda she terlupa dengan janji nak umumkan pemenang 12 april 2010 yang lalu. maaf. maka hari ni..entry pendek..she nak umumkan pemenang kita. pemenang nya adalah...


 
kepada pemenang kita ni sila hubungi she melalui email : puteh_light@yahoo.com. sila sertakan alamat, no phone untuk dihubungi sekira nya anything happens. dan juga sertakan nama penuh ye sayang...

congrates!





readbud - 
get paid to read and rate articles


Wednesday, April 14

::mereka bangga kurang ajar::

Semalam she berkunjung ke satu gerai bihun sup paling sedap dalam area KL dan Selangor. Selama she menjadi penggemar bihun sup, inilah kali pertama berkujung ke gerai yang sama setiap minggu semata-mata untuk makan bihun sup. please take note : TANPA KERACUNAN

Nak dipendekkan cerita, sebaik sahaja she duduk..ada satu couple yang menarik perhatian ramai pon tiba. Location table sebelah kiri meja she..Dengan keadaan gerai yang kecil dan orang yang ramai ( hampir semua meja penuh tau ) sah sah la huru-hara keadaan time tuh. Datang dalam keadaan tenang tapi tiba-tiba riuh. Si perempuan ( nyonya songeh ) membentak sambil duduk. Puas dia membebel sorang-sorang..akhirnya dia bangun. Berjalan bak monster inc yang makhluk biru tu sambil mulut terkumat kamit. Tangan genggam tau.. Ganas you.. Takut I!

"MAK CIK, MANA ORDER SAYA?!!!!",kata si nyonya songeh.
( notes: sila baca dalam nada marah seiring dengan keadaan ayat yang semua capital letters. suara bagi gegak gempita sikit. kasi satu padang bola boleh dengar )

OH, ingin she nyatakan disini..bila masa dia order? datang pun lambat sikit je dari aku..bihun sup aku pon tak sempat sejuk. 

Pastu, mak cik kiah ( bukan nama sebenar ) pun men-calm down kan si perengus itu tadi..

" KEJAP YE DIK...MAK CIK TENGAH BUAT..ORDER APE TADI?"..

Cool je mak cik kiah handle situation. Bila dah siap order, mak cik kiah pon hantar order. Terjadi lah pulak kisah lain. Kali ni si apek bukit ( boy friend ) pulak yang bersuara.

"ni apa ni?",kata si apek bukit.
what the kurang ajar punya apek bukit.
Actually dia bukan sahaja tidak tahu berbahasa. malah salah soalan. 
Kan senang kalau dia cakap " mak cik, saya order paru dengan ayam..bukan paru dengan sotong"..
Cuba kalau mak cik tuh buat lawak din beramboi " nak,,itu pinggan. dalam pinggan ada nasi lemak berlaukkan paru dengan sotong.." tak ke haru nanti?
sape nak jawab??

Bila mak cik kiah kembali dengan paru dan ayam nye..sekali lagi si apek bukit ni buat hal. "mana saya punya nasi lebih?" haiyo.......kan bagus kalau dia beradap sikit..mesti mak cik tu tak terasa penat..mesti dia enjoy je buat keje macam tuh.

Bila dah settle hal order tu,she ingat dah tamat riwayat dah kes dua makhluk nih. Rupanya tidak... Kebanyakan couple yang she jumpa..time makan mesti duduk bertentang atau duduk sebalh side to another. tapi si couple ni pelik. dorang duduk kat bucu meje sambil bahu tertempel kat bahu masing-masing. Tak ke susah nak makan. Siku I terkena Siku you lah. PELIK!

Orang cakap etika makan bersudu nih, sopan..tapi mereka makan sangat bersepah. YA AMPUN...bukan nak cakap she makan kemas sampai boleh cermin muka kat meja..tapi at least she makan tak hodoh macam mereka. Kalau manusia berhemah akan pegang sudu dengan cara yang sepatutnya..mereka pegang sudu dengan menggenggam. can you imagine? Makan dah macam monster kebulur mana ntah. Mulut penuh nak bercakap. Nasi tersembur tak payah cerita. Tulang ayam dah terbang. Mungkin sebab ayam tu tak cukup mati time masak. SANGAT JIJIK!

she tak tau nak ending macam mana..tapi kesimpulannya..elok je mereka berdiri untuk beredar..(muka bangga gila) orang yang ada kat situ semua pandang. S-E-M-U-A. pandangan sure lah pandangan jijik sambil kumat kamit. manusia kan...

satu lagi she nak tambah..sebenarnya ada satu group lagi yang tak di ambil order depan meja couple ni..tapi diorang relax je. mereka lagi ramai..around 8 to 10 people. depa dengan sopan santun lemah gemalai memanggil makcik untuk di-takenote order..kan ok begitu. sepatutnya melayu boleh beradap. boleh ke tidaaaaakkkkk?

p/s: mereka berlagak bagai datang dengan kereta buatan eropah. realitinya, cuma dengan PERSONA.





readbud - 
get paid to read and rate articles

Thursday, April 8

::SAYA MAHU BLOG SAYA DIJELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana::

sebenarnya aku dah lama nak blog aku dijelajah oleh rakan rakan blog.maksud aku yang telah lama berkecimpung dalam industri nih (lagi lama dari aku atleast). cuma aku malu. nak buat entry ni pon aku pikir 2 hari 1 malam. sebab aku tau aku cuma buat blog ikut hawa nafsu. hahah. dulu aku ade suruh sendra..( ala..kueh tart tuh ) kritik..tapi alahai...sampai la ni takde pon..oh ye.sendra tu classmate aku ye..dia sangat pandai bercerita dan kupas mengupas. sila sila ke page dia ye...www.kuehtart.com

oh back to the story..reasons aku nak blog aku dijelajah adalah kerana
  • aku nak tau layout aku + template ni ok ke tidak. maksud aku ok atau tidak tu adalah..adakah nampak serabut..atau sekadar a little decoration aje..ade yang cakap cantik buat baju kurung.
  • aku nak tau adakah blog aku ni blog mata duitan? hahaha..sebab ade yang sebut macam tuuh..aku rase biase je..tapi tu lahh..nak jugak orang lainberi pandangan.
  • aku jugak nak tau..as a blogger ape tips tips nak menulis..aku ni bukan pandai sangat menulis. kalau suruh goreng assignment reti lah.
  • aku nak jugak tips untuk menaikkan traffic. aku bukan nak traffic sampai berjuta tau..aku cuma nak tarik traffic bagi maintain je..ade tips tak?
  • last but not least...aku nak gak orang kenal blog aku nih...senang cerita nak ben promote sikit la..banyak pon ok..
  • oh ye..ben mahupun sesiapa sahaja boleh bebas dan bebas untuk memberikan sebarang comment. sama ada positif atau negatif.( walaupun aku jenis yang sentap sikit..tapi kali ni aku akan terima ngan hati yang terbuka demi kehidupan blog aku)

akhir kata...majulah dunia blog demi negara

readbud - get paid to read and rate articles




Wednesday, April 7

::oops...sangat mantap ok::

dulu flat je..macam meja..sekarang dah berbukit dah...malah lebih meletup dari bukit pamela anderson. guess what..ini usaha aku selama setengah tahun.usaha yang mantap.hari hari aku wajib kan diri untuk tetapkan target. supaya hasilnya mantap,padat dan sendat. bila menuai nanti mesti syiok. sangat membuatkan aku senyum lebar. senyum sampai ke telinga. terliur lah. 

 .uppss..sopan pulak pam google nih.

kalau dulu boleh lah nak tutup tutup ngan bantal or selimut or pape kain.. now, tidak lagi..semuanya bakal terdedah.aduh....tak tahan betul tengok..

see..tengok lah...dah menimbun dah...membukit tak payah cerita.tu nasib baik letak dalam bekas.kalau tak mesti selambak.
hahah...
apa aku merepek 
cara aku dapat simpan banyak ni?
kalau aku berbelanja je..duit syiling aku tak usik.terus masuk coin purse. bila sampai umah terus masuk tabung.dan inilah hasilnya.
semua sekali lebih rm300..aku tengah dok kira la ni..erm..macam mana nak tukar ek?kalau pergi bank dia kesah tak nak kena kira untuk aku.?tadi pergi bank kat area rumah ni..miss tuh macam malas nak kira je..kalau aku nak tukar kat kedai runcit boleh ke?


p/s:kat mana nak tukar jadik notes?


Monday, April 5

::hari ni 5 april::

1 april dah pon berlalu. Maka,contest pon dah sampai penghujung. Kepada contestant..beri saya seminggu untuk umum kan pemenang nya. Segala macam maklumat yang saya perlukan akan saya inform.
Keputusan akan dipost pada 12 april 2010.
~tunggu~

 p/s: tm nak sponsor korang pegi London tengok Black Eyed Peas. Untuk maklumat lanjut sila klik poster diatas.

Friday, April 2

::ada yang suka saya diam diam but im not lesbian::

hahaha 
propa sungguh title
sebenarnya
saya cuma
dapat award


jom kita hayati ucapan
 
assalamualaikum...pertama tama kali..saya,ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blackrose kerana menganugerahkan award ini kepada saya....

WAH!!!!! rasa macam bagi ucapan kat ABPBH pulak...kehkehkeh..

sambung ucapan : dengan teranugerah nye award ini, baru saya paham amende la natang beautiful blogger award ni..selama ni cume nengok aje..paham nye tidak. huhuhu... dengan ini saya penuhi syarat syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.. syarat syarat adalah seperti berikut :
1. Thank and link the person who gave u the award. terima kasih yang tak terhingga kepada blackrose yang selama ni saya ingat dia adalah lelaki.hahahhaha...now i know.

2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
**setakat 3 orang je**

3. Contact Blogs owner and let them know they've won the award.
baik~~~

4. State 7 things about yourself. 
  • saya sayang diri saya
  • saya benci orang marah saya
  • saya tak suka hubungan atas dasar nafsu
  • saya kurang menggemari perokok
  • saya suka masak
  • saya suka kraftangan+menjahit
  • saya suka business
mylook saya $13.64
click image untuk daftar




    Tips for New Bloggers