BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label oh. Show all posts
Showing posts with label oh. Show all posts

Wednesday, April 14

::mereka bangga kurang ajar::

Semalam she berkunjung ke satu gerai bihun sup paling sedap dalam area KL dan Selangor. Selama she menjadi penggemar bihun sup, inilah kali pertama berkujung ke gerai yang sama setiap minggu semata-mata untuk makan bihun sup. please take note : TANPA KERACUNAN

Nak dipendekkan cerita, sebaik sahaja she duduk..ada satu couple yang menarik perhatian ramai pon tiba. Location table sebelah kiri meja she..Dengan keadaan gerai yang kecil dan orang yang ramai ( hampir semua meja penuh tau ) sah sah la huru-hara keadaan time tuh. Datang dalam keadaan tenang tapi tiba-tiba riuh. Si perempuan ( nyonya songeh ) membentak sambil duduk. Puas dia membebel sorang-sorang..akhirnya dia bangun. Berjalan bak monster inc yang makhluk biru tu sambil mulut terkumat kamit. Tangan genggam tau.. Ganas you.. Takut I!

"MAK CIK, MANA ORDER SAYA?!!!!",kata si nyonya songeh.
( notes: sila baca dalam nada marah seiring dengan keadaan ayat yang semua capital letters. suara bagi gegak gempita sikit. kasi satu padang bola boleh dengar )

OH, ingin she nyatakan disini..bila masa dia order? datang pun lambat sikit je dari aku..bihun sup aku pon tak sempat sejuk. 

Pastu, mak cik kiah ( bukan nama sebenar ) pun men-calm down kan si perengus itu tadi..

" KEJAP YE DIK...MAK CIK TENGAH BUAT..ORDER APE TADI?"..

Cool je mak cik kiah handle situation. Bila dah siap order, mak cik kiah pon hantar order. Terjadi lah pulak kisah lain. Kali ni si apek bukit ( boy friend ) pulak yang bersuara.

"ni apa ni?",kata si apek bukit.
what the kurang ajar punya apek bukit.
Actually dia bukan sahaja tidak tahu berbahasa. malah salah soalan. 
Kan senang kalau dia cakap " mak cik, saya order paru dengan ayam..bukan paru dengan sotong"..
Cuba kalau mak cik tuh buat lawak din beramboi " nak,,itu pinggan. dalam pinggan ada nasi lemak berlaukkan paru dengan sotong.." tak ke haru nanti?
sape nak jawab??

Bila mak cik kiah kembali dengan paru dan ayam nye..sekali lagi si apek bukit ni buat hal. "mana saya punya nasi lebih?" haiyo.......kan bagus kalau dia beradap sikit..mesti mak cik tu tak terasa penat..mesti dia enjoy je buat keje macam tuh.

Bila dah settle hal order tu,she ingat dah tamat riwayat dah kes dua makhluk nih. Rupanya tidak... Kebanyakan couple yang she jumpa..time makan mesti duduk bertentang atau duduk sebalh side to another. tapi si couple ni pelik. dorang duduk kat bucu meje sambil bahu tertempel kat bahu masing-masing. Tak ke susah nak makan. Siku I terkena Siku you lah. PELIK!

Orang cakap etika makan bersudu nih, sopan..tapi mereka makan sangat bersepah. YA AMPUN...bukan nak cakap she makan kemas sampai boleh cermin muka kat meja..tapi at least she makan tak hodoh macam mereka. Kalau manusia berhemah akan pegang sudu dengan cara yang sepatutnya..mereka pegang sudu dengan menggenggam. can you imagine? Makan dah macam monster kebulur mana ntah. Mulut penuh nak bercakap. Nasi tersembur tak payah cerita. Tulang ayam dah terbang. Mungkin sebab ayam tu tak cukup mati time masak. SANGAT JIJIK!

she tak tau nak ending macam mana..tapi kesimpulannya..elok je mereka berdiri untuk beredar..(muka bangga gila) orang yang ada kat situ semua pandang. S-E-M-U-A. pandangan sure lah pandangan jijik sambil kumat kamit. manusia kan...

satu lagi she nak tambah..sebenarnya ada satu group lagi yang tak di ambil order depan meja couple ni..tapi diorang relax je. mereka lagi ramai..around 8 to 10 people. depa dengan sopan santun lemah gemalai memanggil makcik untuk di-takenote order..kan ok begitu. sepatutnya melayu boleh beradap. boleh ke tidaaaaakkkkk?

p/s: mereka berlagak bagai datang dengan kereta buatan eropah. realitinya, cuma dengan PERSONA.





readbud - 
get paid to read and rate articles

Wednesday, April 7

::oops...sangat mantap ok::

dulu flat je..macam meja..sekarang dah berbukit dah...malah lebih meletup dari bukit pamela anderson. guess what..ini usaha aku selama setengah tahun.usaha yang mantap.hari hari aku wajib kan diri untuk tetapkan target. supaya hasilnya mantap,padat dan sendat. bila menuai nanti mesti syiok. sangat membuatkan aku senyum lebar. senyum sampai ke telinga. terliur lah. 

 .uppss..sopan pulak pam google nih.

kalau dulu boleh lah nak tutup tutup ngan bantal or selimut or pape kain.. now, tidak lagi..semuanya bakal terdedah.aduh....tak tahan betul tengok..

see..tengok lah...dah menimbun dah...membukit tak payah cerita.tu nasib baik letak dalam bekas.kalau tak mesti selambak.
hahah...
apa aku merepek 
cara aku dapat simpan banyak ni?
kalau aku berbelanja je..duit syiling aku tak usik.terus masuk coin purse. bila sampai umah terus masuk tabung.dan inilah hasilnya.
semua sekali lebih rm300..aku tengah dok kira la ni..erm..macam mana nak tukar ek?kalau pergi bank dia kesah tak nak kena kira untuk aku.?tadi pergi bank kat area rumah ni..miss tuh macam malas nak kira je..kalau aku nak tukar kat kedai runcit boleh ke?


p/s:kat mana nak tukar jadik notes?


Tuesday, December 29

::aku tak bisa memilih::

OH,biar aku nama kan orang yang bakal aku umpat ni ngan nama gangstow (pronounce as gengs-tow). Gangstow suka cari pasal dengan aku. Aku tak penah kesah. Lantak dia. Tapi semua orang cakap aku ngan dia best friend. Alasan nya mudah saja. Sebab aku sorang je yang boleh tahan kerenah dia. Dia marah atau tidak, mengamuk atau tidak,, aku maintain layan dia. haha.

Suatu hari dia terperasan collection kasut adidas aku..juga sweater winter nike aku. Laju-laju dia pegi kat miss pen.state bagitau : Syima tak sedar diri.Belagak kaya.Padahal anak driver.

OK.Aku dengar itu.Aku sentap ye rakan-rakan.Aku nangis.Bila dia blah dari miss pen.state,aku datang kat miss pen.state. (miss pen.state adalah kawan aku sebenarnya). Dia tau apa aku nak cakap. Miss pen.state jugak bgtau aku yang dia jugak anak driver.Anak driver taxi.Kalau la gangstow tau hal ini.Mati miss pen.state kena macam aku.


Salah ke aku mempunyai 'harta' walaupun aku anak driver?
Aku bukan curi.
Aku beli guna duit sendiri.
Simpan bertahun baru dapat beli.
Aku bekerja demi sesuatu yang aku nak.
Salah ke?

p/s:aku letak name miss pen.state sebab skang dia further study kat penn.state.
p/s:dia gangstow  sebab dia memang gangster bab communicate.
p/s:aku terilham dari blog fitria tajuk entry can we choose our dad

::oh OH oh::

Semalam aku makan mcd.
"kak big mac satu, mac chicken satu"
"makan sini"
Tugas wajib aku amek sos.
Terkedek-kedek aku menuju tempat sos.
Aku amek sos plate 6.
Selalu memang kena amek 6 pon.
Aku susun atas kaunter sos tuh.
Senang nak amek,tekan sos into plate and letak kat tray nanti.
Tetibe datang seorang wanita berbaju hitam bersize xxl.
Amek sos plate aku yang berisi sos cili.

Aku cume mampu kelip-kelip mata je.


Tips for New Bloggers